Penganjuran Karnival Usahawan & Bizfrancais Langkawi 2019
30 September 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Padang Wahid bersama-sama kluster Langkawi telah dijemput untuk menyertai karnival keusahawanan yang telah dianjurkan oleh LADA dan PERBADANAN NASIONAL BERHAD.
Karnival ini dijalankan bertujuan untuk memberi dana kepada peniaga-peniaga tempatan yang berniaga di Langkawi amnya.Selain itu juga,karnival ini bertujuan untuk memperkenalkan NGO-NGO Langkawi yang bersama-sama terlibat dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan terutama kepada komuniti Langkawi.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dan terdapat banyak penyertaan daripada bdan-badan bukan kerajaan dan kerajaan tempatan yang menjayakan karnival ini.. Terdapat juga gerai-gerai jualan yang pada masa sama bertujuan untuk mempromosi jualan mereka.
Diharapkan karnival seperti ini dapat menarik minat penduduk tempatan untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi mereka disamping meningkatkan projek perlancongan di Langkawi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: